Rerama di malam pesona tercarik sayapnya kerana cinta Suram siangnya kerana duka namun mula mengepak semula Mencari destinasi yang lain menggagahi cinta kelmarin merenung diri di sebalik cermin menjejak setia sepanjang musim Rerama di malam pesona mengetuk pintu makna namun yang ditemui hanya wajah kelam tak bermaya Rerama di malam hilang pesona menebar sayap berparut luka mencari cinta yang lain pula semakin mengerti sandiwara dunia
0 comments:
Post a Comment